Wednesday, 1 January 2014

Bab 10 (Giveaway???)


Telifonku memainkan lagu Dynamic Black 'Yesterday'. Ia menandakan panggilan masuk. Aku memicit butang hijau tanpa melihat siapa yang menelifon.

 

"Hello Assalamualaikum." salamku telah dijawab. Isyh! Apa dia nak lah!

 

"Awak, saya dah ada dekat depan rumah awak ni. Bila nak keluar?" Eh, dah sampai? Sabar boleh tak? Kan aku tengah siap ni. Belom pakai tudung lagi ni.

 

"Sabar lah! Awak sendiri yang datang cepat sangat!" tanpaku sadari suara aku meninggi.

 

"Ye ke. Rasa saya tepat pada waktu je... Awak tengah buat apa?" aku? Aku tengah buat apa? Masih boleh tanya? Hish orang ni! Kalau pun nak berborak bukan time macam gini lah. Dia sendiri nak aku keluar cepat abis sekarang dia sendiri yang membuang masa aku. Bila aku nak habis siap pak cik oi.

 

"Saya tengah berenang! Dah lah tak ada masa nak berborak dengan awak. Saya nak siap. Sekejap lagi saya keluar. Bagi saya 3 minit." tanpa menunggu jawapannya, aku terus mematikan talian. Gila betul lah lelaki ni. Aku tak pernah jumpa lelaki macam dia.

 

Aku mencapai beg tangan hitam Guess yang dihadiahkan oleh ayah dan menyumbat buku nota, kotak pensel dan telifon bimbit ke dalam beg itu. Ringkas! Aku membetulkan baju kurung hijau muda yang telah tersarung di badan ini. Menyembur sedikit minya wangi sebelum bergegas keluar dari bilik.

 

Ayah kelihatan seronok berbual dengan si bapak gila tu. Siap dengan ketawa lagi. Lagi, mamat tu ketawa macam tak ingat umur. Geramnya aku tengok si dia tu...  Siapa lagi lah kalau bukan Riziq tu.

 

"Ah Sya. Riziq datang nak jemput kamu. Tadi ayah nampak dia tunggu kamu dekat luar,  ayah suruh masuk lah. Minum air ini dulu sebelum berangkat." ayah tersenyum melihat aku sebaik sahaja terlihat kelibat aku keluar dari bilik. Tahu tak ayah yang dia sekarang tengah berborak mesra dengan anak tirinya? Hish... Aku melangkah perlahan menuju tempat duduk di sebelah ayah. Dengan pantasnya, aku meneguk teh yang panas itu. Masyaallah! Panas mintak ampun! Gila, lidah aku melecur! Kan, sekarang aku sudah menjadih tatapan dan bahan ketawa ayah dan Riziq. Mereka terus tertawa melihat gelagatku mengipas lidahku menggunakan tangan. Oi sakit tau ni! Aku meletak cawan itu dia atas meja dan terus melarikan diri ke dapur. Gila! Peritnya! Malu!

 

Aku membuka pintu peti ais dan mengambil beberapa ketul air batu dan mencampakannya ke dalam mulut. Kedengaran gelak ketawa ayah dan Riziq di ruang tamu lagi. Fikir kelaka ke? Memang betul lah ayah ni! Anaknya tengah kesakitan bukan nak hulurkan pertolongan, sebaliknya, aku ditertawakan. Aku melangkah kembali ke ruang atmu. Tiba-tiba ketawa itu terhenti.

 

"Dah jom. Kata nak jalan sekarang." aku mencapai beg tanganku sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ayah. Selanjutnya, Riziq juga meniru gerak-geri aku. Aku tahu lah si Riziq ini sudah tahu bahawa ayah ini ayah tiri dia. Tetapi ayah tahu tak kalau Riziq gila ini anak tiri dia? Kalau ayah tahu agaknya apa yang ayah buat kat dia? Macam nak saja aku ngadu dekat ayah suruh dia berhenti mengurat dengan aku! Eh, terlebih perasan pulak aku ni. Mana tahu dia tak ada perasaan terhadap aku, aku pula yang nak lebih perasan.

 

Enjin kereta di hidupkan. Aku memasang tali pinggang pengeledar. Rasa tak selesa betul duduk dekat sebelah dia. Baru duduk je, belakang aku dah rasa panas.

 

Aku menoleh dan memerhatikan Riziq. Asallah tak nak mula bercakap dulu. Tahu tak dia ni aku rasa betul-betul tak selesa duduk dekat sini. "Berapa lama lagi kita nak sampai?" aku menanyakan sebaik sahaja kereta itu berhenti di lampu merah.

 

"Tak lama lagi. Kenapa? Awak tak nak cepat sampai ke?" dia tersenyum nakal. Mata dikenyitkan. Errrggg! Nak saja aku cucuk-cucuk mata tu. Tapi sayang, mata ciptaan allah yang satu ini sangat indah. Matanya berwarna kecoklatan. Sejuk mata memandang. Ya allah! Apa yang aku pikirkan ni?

 

Aku hanya mengangguk. Eh , apasal aku mengangguk ni. Kan patutnya aku menggelengkan kepala. Kang sekarang dia ingat aku ni teringin sangat nak berdua-duan dengannya kat dalam kereta. Memang tak lah! Perhatian aku kembali pada telifon bimbit di atas tanganku. Getaran telifon itu mematikan aku dari lamunan. Ada pesan dari Ryan lah!

 

-U dekat mana sekarang ni? I dengan Sarah nak pergi breakfast, ingat nak ajak u sekali. Nak ikut tak?

 

Ehhh! Nak ikut. Tapi kan... Aku memandang Riziq. Tak boleh.

 

-Sorry lah aku takk boleh join korang. Aku dah mula kerja hari ni. Sorry :( Lain kali lah ye.

 

Aku menekan butang send. Kalau lah aku tak kerja hari ni, mesti aku dah boleh jumpa diorang dua. Rindu sangat... Maklum lah dah nak masuk satu minggu aku tak berjumpa dengan mereka. Tiba-tiba aku teringatkan Masyita. Macam mana agaknya khabar dia sekarang? Sihat ke tak? Rindu pula aku dengan dia. Maklum lah kawan baik! Kawan baik tapi tak tahu khabar tentang dia. Apa punya kawan lah kau ni, Sya!

 

"Fatin, kita dah sampai." aku melihat sekeliling. Ini ke tempat kerja dia? Tak kan company dia Restaurant Banana Leaf kan?

 

Aku tetap tidak bergerak dari tempat aku. Pelik betul.

 

"Awak buat apa tercegat dekat situ. Jom masuk" suara itu kedengaran lembut. Meleler hati aku ni. Nak bekukan susah tau. Dah lah aku tak ada hati extra.

 

"Ni ke tempat saya kerja?" aku mengaru kepala yang tidak gatal.

 

"Tak lah. Awak ni memang lembab eh. Kita datang sini untuk makan lah. Kerja tu nanti. Yang penting isi perut dulu." kang kau! Kene makan dengan dia? Dahlah cukup tu hari aku makan dengan dia. Tetapi, badan ini menurut sahaja apa yang disuruh. Aku mengikuti langkah Riziq.

 

Selepas mengisi perut, kami baru bergegas ke pejabat. Berdebar jantung aku nak mula hari baru. Siapa tak derdebarkan kalau jadi setiausahawan anak bos. Aku ni mana tahu lah tentang jadi secretary ni semua. Yang aku tau cuma barang hospital dengan ubat-ubat.

 

Nasib baik cuma 3 bulan saja. Lepas 3 bulan aku dah boleh terus mula kerja dekat Singapore General Hospital. Dah dapat pun tawaran untuk mula bekerja. Tinggal tunggu masa je. Hehehe! Tak sabarnya aku!
 
***********************************************************
Okay, siapa yang b elom baca post aku yang sebelum ni, gi bace sekarang. Aku ingat nak kasih gambar EXO yang di handsignedkan oleh EXO sendiri kat korang. Siapa nak??? Dienya hansigned gambar to limited tau, I give it as first come first serve eyh. Kalau ada yang nak baru aku buat post macam nama nak dapatkan gambar tu. First, I have to see how many people interested in that first.

No comments: