Aku memeluk
ibu sebelum aku masuk ke dalam perut teksi itu. Aku memeluknya dengan erat.
Rizik, lelaki gila itu hanya berdiri memerhatikan aku dan ibu.
"Betul
ke Sya tak nak mama hantar?" ibu menanyaku sekali lagi. Aku mengangguk dan
memberinya senyuman yang amat meyakinkan. Kenapalah aku asyik perhatikan mamat
gila ni? Weish Fatin, bangun lah dari mimpi serammu itu.
"Okay
lah kalau macam tu. Jaga diri baik-baik. Jaga ayah dan adik juga tau. Apa-apa
telefon ibu. Ada nombor ibu kan?"
"Ada,.
Okay ibu. Assalamuallaikum." Aku masuk ke dalam teksi itu.
"Waalaikumsalam"
ibu menjawab. Sebelum aku menutup pintu teksi itu, aku melihat wajah ibu yang
kelihatan sayu. Dia berharap sangat kalau aku boleh mengikutinya, naik kereta
bersamanya. Kalau ada ibu saja tak apa lah, mamat gila ni pun ada. Tak nak lah
aku! Tak sanggup aku memandang wajahnya lagi.
Mataku terus
beralih kepada mamat gilatanpa aku sedari. Dia mengenyitkan matanya dan
menunjukkan isyarat kepadaku untuk menelefonnya. Mimpi lah kau mamat?! Tak ingin
aku nak jumpa dengan dia lagi. Ada je
topik untuk didebatkan nanti.
Perjalanan
dari lapangan kapal terbang ke daerah Kampung Long Fatimah agak berjauhan. Ia
memerlukan masa yang agak lama untuk sampai ke rumah. Maklumlah, Kampung Lorong
Fatimah adalah kampong yang satu-satunya masih berdiri di kawasan Singapura.
Tak sabar betul untuk aku sampai rumah. Maklumlah, nak buat kejutan. Tak ada
orang tahu yang aku akan pulang hari ini. Sarah dan Ryan dijemput oleh
sudara-mara mereka. Kalau aku, sengaja aku tak memberitahu ayah atau nenek
tentang kepulanganku. Tiba-tiba, perjalan pulang terasa lama sangat.
Teksi
kuning yang aku naiki itu pemasuki halaman rumahku. Rindunya dengan rumah ni.
Rumah kampung yang amat susah untuk dijumpai di Singapura. Kampung Lorong
Fatimah, adalah salah satu kampung yang sengaja tidak diubah mengikuti trend
kini. Bangunan yang mencakar langit, kehidupan yang amat sibuk, lampu yang
menerangi malam. Malam tak ada bezanya seperti siang, aku tak mahu hidup
bergitu. Disini lah tempatku, Kampung Lorong Fatimah. Disinalah, aku di
lahirkan, dibesarkan dan hingga sekarang, tak akan aku lupakan tempat ini. Aku
membayar pemandu teksi itu sebelum melangkah keluar dari perut teksi tersebut.
Tak sabarnya nak tengok reaksi ayah, nenek dan adik.
"Nek!
Ada orang dekat depan rumah kita." kedengaran suara Fazril melaung.
Kepalanya ditonjolkan di muka pintu. Fazril terus keluar dari muka pintu dan
berjalan ke arahku.
"Siapa?"
Nenek menjawab.
"Ntah
pula nek. Fazril pergi tanya jap." jarak antara kami semakin berkurang.
Dia panggil aku orang? Tak kenal kah dia dengan aku? Zil, ni kakak lah! Takkan
dengan kakak sendiri pun dah lupa?
"Assalamualaikum.
Kakak cari siapa?" mata Fazril masih memanah kearahku.
"Dik,
tak kenal akak ke?" aku menanyakannya. Aku mencekat pinggangku. Raut wajah
Fazril kelihatan bergitu keliru. Dia menggaru kepalanya. Takkan tanya soalan
itu pun dah gatal kepala?
"Saya
macam kenal akak ni, tapi di mana eh?" dia meneliti mukaku. Matanya dikenyitkan.
Setelah beberapa saat berdiam, dia menepuk tangannya. Dah ingat? "Kak
Sya!" ah, ingat pun! Takkan dengan akak sendiri dah lupa. Kang, nanti aku
ketukan kepala kau kalau kau betul-betul lupa.
"Yes.
Betul-betul lupa ke atau bedek-bedek je? Buat akak terperanjat jek. Ingatkan
nak terpengsan sekejap tadi!" aku dan Fazril ketawa. Dah lama aku tak
bergurau dengan adik bujangku ini.
"Kalau
akak pingsan tadi, boleh lah Fazil angkat akak. Kalau dulu, memanglah tak
sanggup. Heret pun jadi lah. Akak dah betul-betul berubah lah. No more chubby
cheeks that I could pinch." dia mencebik.
"Dalah,
jom kita masuk. Akak tengah letih ni. Nak jumpa dengan nenek. Ayah
kerjakan?" aku menarik beg itu dan Fazil mengangat beg-beg yang lain.
Seperti
yang sudahku jangka, nenek juga tidak mengenali aku. Ada dia ingat aku orang
yang datang nak sewa bilik? Teruk betul lah! Aku dah berubah ke?
*******
Selepas
membersihkan diri dan berehat sebentar, aku menolong nenek di dapur. Patutkah
aku memberitahu nenek yang aku berjumpa dengan ibu semasa di pesawat?
"Nek,
kalau Sya nak cakap sesuatu, nenek marah tak?" takut-takut angin nenek tak
baik, hah kena marah lah aku. Sebelum kena marah, lebih baik aku tanya dulu.
"Tanya
jek. Kenapa Sya tanya macam tu?" nenek masih memberi perhatian penuh
kepada bawang yang dihirisnya.
"Sya
ada jumpa ibu bila Sya dekat sana..." aku bersuara pelan. Tak tahu lah
kalau nenek dapat dengar apa yang aku cakap tadi.
"Baguslah
tu. Bagaimana khabar ibu kamu?" eh, asal pulah nenek kelihatan girang.
Setahu aku, nenek paling tak suka kalau aku bercakap atau menyebut nama ibu
dekat dia? Wow, perubahan yang baik!
"Ibu
sihat. Asal nenek tak marah Sya?"
"Nak
marah Sya buat apa? Bukannya Sya buat bende
tak baik. Sya jumpa dengan ibu Sya dekat mana?"
"Sya
terjumpa ibu bila Sya nak naik pesawat. Ibu menaiki sama pesawat dengan Sya.
Lepas tu kan nek, ibu pun dapat tempat duduk sebelah Sya." Aku tersenyum
lebar.
"Kuasa Allah ye cu... Tak ada siapa pun boleh
menjangkanya. Kalau dia sudah
berkehendak, dengan sebutan 'kunfayakun' semua boleh terjadi dengan sekelip
mata" kakat nenek meredakan hatiku yang resah ini.
"Alhamdulillah
nek, pagi, siang, malam Sya berdoa agar satu hari nanti Sya dipertemukan
kembali dengan ibu. Dan akhirnya, doa Sya dikabulkan. Amin..." aku
menguhulurkan ikan siakap yang sudah aku siang. Menu hari ini adalah 'ikan
siakap masak masam manis' dengan kangkung belacan. Aku pula bercadang nak
masakkan ayah sup tom yam, sup yang kegemaran ayah.
"Kak!
Ade surat ni untuk akak..." Fazril memasuki dapur dan menghulurkan sepucuk
surat yang tertulis namaku di sampul surat tersebut. Di depannya juga tertera
nama sekolahku dahulu, Sekolah Menengah Mekar... Haiyo! Nak apa lagi lah
sekolah ni? Aku dah tak nak ade apa-apa hal lagi lah... Aku dah 21 tahun pun
masih hantar suarat gini dekat aku. Tolonglah, sejarah aku dah berlepas 5 tahun
yang lalu.
Aku
mengoyakkan sampul surat itu dan menarik sekeping surat yang terlipat rapi di
dalamnya. Mataku tertumpu pada setiap kata yang terpampar di dalam ketas itu.
*Kami amat
bebesar hati dengan kepulangan anda kembali di Singapura. Kami berharap anda
boleh hadir pada malam perjumpaan Sekolah Menegah Mekar pada 3 Jun. Kedatangan
anda sangat diharapkan oleh keluarga besar sekolah ini.*
Aduhai,
panjang nah surat jemputan ni... Aku dijemput sebagai tetamu khas pada malam
tu? Mimpi lah! Aku tak bebesar hati pun nak berjumpa dengan pelajar yang lain.
Kalau tak datang boleh tak? Lagipun perjumpaan itu masih lama lagi, bulan
depan. Tengok mood dulu lah!
"Kak,
tadi Fazril terdengar perbualan akak dengan nenek..." Fazil menatap lantai
yang bekarpet hijau muda itu.
"So?"
aku menaikan kening sebelahku. Katakan cool gitu kalau buat kening highway.
"Macam
mana dengan khabar ibu kak? Ibu punya muka macam mana eh?" dia menggaru
kepalanya.
"Gatal
ke kepala tu?" aku tersenyum melihat muka yang merah itu. Tak habis-habis
dengan garukan kepala dia itu? Dia menggelengkan kepalanya. "Hehe... Ibu
sihat." aku menepuk bahunya sebelum kembali untuk momotong sayur-sayuan
untuk menu tom yam aku itu.
"Akak
ada simpan gambar ibu tak? Fazril nak tengok wajah ibu lah kak?"
"Tak
payah susah nak carik atau petik gambar. Tengok muka akak jek cukup."
"Muka
akak lain lah dari muka ibu."
"Mana
ada. Ibu lawa macam akak juga!" aku tergelak. Fazil menggeleng-gelengkan kepalanya
sambil ketawa...heh, aku terlebih perasan ke?
Beberapa
ketika memudian, aku mematikan api. Sup tom yam aku sudah siap. Sekarang
tinggal nak mandi lepas itu, pergi solat asar.
***********
Aku melipat sejadah dan telekung pemberian Mak
Busu. Tiba- tiba, suara enjen motor dimatikan. Alamak! Suara motor ayah lah!
Aku kena cepat-cepat sembunyi. Aku berlari keliling kamar tidak tentu arah .
Aku, nenek
dan Fazil dah pun berpakat untuk memberi kejutan untuk ayah. Ayah tahu benar
sup tomyam yang aku masak. Ayah pernah kata yang sup tomyamku enak, lain dari
nenek buat. Jadi kita lihat kalau ayah boleh bau sesuatu yang ganjil tak hari
ini. Aku menutupi dedaun pintu bilik dengan rapat. Mendekatkan telingaku ke
muka pintu. Konon-konon nak dengarlah perbualan ayah dekat luar.
"Assalamualaikum!"
kedengaran suara ayah...
"Waalaikumsalam"
aku mejawab dengan perlahan.
"Mak,
hari ni mak masak apa?"
"Eh,
kau ni macam orang bujang pula. Baru pulang rumah dah tanya masak apa? Gi basuh
kaki dulu, pastu kita makan bersama. Mak masak ikan siakap masam manis,
kangkung belacan dengan sup tomyam." nenek menjawab. Memanglah, nenekku
yang terhebat di dunia. Supporting sangat!
"Okay
sedap!" tiba-tiba suasana jadi sunyi sekejap. Aku tetap menunggu masa yang
tepat untuk keluar dari bilik ini.
"Mak,
sup tomyam ni mak yang masak? Sedap betul! Akhirnya mak masak sup tomyam
pass... Rasa dia macam Sya yang buat. Sedap sangat!" nampaknya ayah sedang
menyejek nenek.
"Anak
bertuah betul. Maknanya kau cakap dulu mak masak sup tomyam tak sedap lah?
Kalau tahu mak tak nak masakkan kau!"
"Alah,
mak merajuk pula. Sup tomyam mak dulu sedap, tapi yang ni lagi sedap. Ada
improvement lah! Terbaik! Macam mana mak masak?"
"Mak
ingat yang kau suka sangat dengan sup tomyam Sya tu. Mak telefon lah dia mintak
resipi," Fazril tergelak, kuat pula dia ketawa.
"Jom
makan. Dah cukup lah kau menghirup-hirup sup tu. Makan dengan nasi." aku
membuka pintu dan melangkah kaki kearah meja makan.
"Mak,
budak sewa baru ke?" ayah menanyakan nenek.
"Assalamualaikum,"
aku memberi salam. Kelakar betulah dengan gelagat ayah tadi. Kalah budak kecik.
"Waalaikumsalam..."
mereka beerjawab serentak.
"Fatinsya?"
"Ye
ayah..." aku menyalam tangan ayah.
"Bila
kamu sampai. Tak tahu pun ayah. Ayah pun tak perasan kamu tadi. Dah lain muka
kamu sekarang."
"Sya
sampai tadi pagi... Mana ada lain, sama aja. Dalah, jon kita makan. Sya dah
lapar ni." nenek menghulurkan pinggan yang sudah dituangkan kan nasi. Aku
duduk di sebelah Fazril. Makan malam sekeluarga, aktiviti yang palingku gemari!