Friday, 21 June 2013

Hati Yang kau Sakiti (HYKS) Bab 8


Aku membancuh kopi o untuk ayah. Sudah lama aku tak duduk sama-sama berborak dengan nenek, ayah dan Fazil. Untuk nenek dan Fazil pula, aku membancuhkan mereka teh. Biskut metega sudah aku susun dengan rapi di atas pinggan. Dengan bantuan Fazril, aku membawa cawan-cawan and pinggan itu ke ruang tamu.

 

"Sya, macam mana dengan sekolah dekat sana?" Ayah menoleh melihat aku.

 

"Bagus yah! Sya dapat lulusan kedoktoran seperti mana yang sudah ayah idamkan. Sekarang ini, Sya tengah tunggu tawaran kerja saja."

 

"Alhamdulillah... Akhirnya cita-cita ayah sebagai doktor sudah dimakbulkan. Walaupun ayah tak boleh jadi doktor, anak ayah yang meneruskan dengan cita-cita ayah. Ayah dengar kamu ada jumpa dengan ibu." haish, ni mesti nenek yang bilang dekat ayah.

Aku harap ayah tidak berkecik hati apabila mengetahui itu. Aku tahu mesti ayah masih merindui ibu. Namun, itu adalah takdir yang sudah tertulis di dalam buku kehidupan ayah. Ibu bukan jodohnya. Walauapapun, dia tetaplah ibu kepada aku dan Fazril.

 

Memang, dia tinggalkan kita adik-beradik dan pergi jauh mencari lelaki yang lebih kaya. Yang boleh memberinya kebahagian dengan mata wang. Kalau itu apa yang ibu mahu, aku tahu ayah akan redha dengan pilihan ibu. Aku memandang raut wajah yang semakin hari semakin menua ini. Dialah ayah yang tetap disisi aku dan Fazril dan dia juga tetah menjaga kami berdua. Bertapa kasih sayangnya bergitu mulia. Kasih seorang ayah akan aku kenang selalu.

 

"Ye, Sya ada terjumpa dengan ibu bila dekat airport. Bukan itu saja yah, ibu juga menaiki sama pesawat dengan Sya dan dia di tempatkan duduk di sebelah Sya. Munkin ini semua sudah ditakdirkan oleh Allah eh yah..."

 

"Mungkin juga. Sya ayah nak berutahu kamu sesuatu. Fazril, kamu pun harus dengar apa yang ayah nak beritahu." aku dan Fazil membalas pandangan. Macam serius je ayah ni. Aku dan Fazil mengangguk tanda faham.

 

"Tapi kamu harus janji dengan nenek jangan terperanjat beruk pula,"  nenek melihat kami berdua. Kami mengangguk lagi sekali dan kali ini juga, aku tersenyum melihat nenek.

 

"Sebenarnya, kamu berdua harus berterima kasih dekat ibu dan bapa tiri kamu itu." ayah bersuara. Apa pula kena bereterima kasihh dekat bapa tiri aku tu? Bukan dia ada buat apa-apa untuk aku atau Fazril. Fazril kelihatan keliru apatah lagi akukan?

 

"Apa yang ayah maksudkan dengan berterima kasih?" Fazil bertanya.

 

"Ibu dan Bapa tiri kamu lah yang sudah banyak membantu keluarga kita. Semua biaya persekolahan kamu di tanggung oleh mereka. Ayah sudah menolak berkali-kali tetapi atas desakan mereka, Ayah gagal."

 

"Apa alasan Encik Haris membiayai sekolah kita?"

 

"Macam mana Sya tahu suami ibu kamu itu bernama Haris?" macam manalah aku nak menjawabnya. Aku dah terdengar bila si mamat gila tu sakit nak buat apa. "Dah tak apa. Encik Haris rasa bersalah sebab sudah mengahwini ibu, dan kalau diikutkan, Encik Haris itu pun ayah kamu. Itu sebab dia berhak untuk membantu kamu berdua. Lagi pun dengan biaya yang sangat mahal itu, manalah ayah sanggup. Sekolah dekat luar negera tu bukan main mahal tau." ayah memandang lantai. Aku tahu ayah rasa bersalah kerana sudah merahsiakan semua ini daripada kami berdua. Nampaknya nenek sudah tahu tentang hal yang sebenar. Patut lah nenek tak marah time aku sebut ibu depan dia. Dulu bukan main nak sebat aku bila aku sebut nama ibu.

 

"Ayah nak kamu berdua jumpa dengan ibu kamu dan berterima kasih dengan dia. Walaupun dia sudah membiarkan kita dan meninggalkan kita, dia tidak pernah lupa dengan kehadiran kita di sini " Ayah menyambung lagi. Aku rasa bersalah sangat sebabab aku dulu pernah membenci ibu. Aku pernah tak menyukai ibu dan Encik Haris. Tetapi sekarang, aku harus menukar cara perspektif aku terhadap mereka. Kalau bukan kerana mereka, jaganlah aku boleh mencapai matlamat aku sekarang ini.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Aku mencapai kunci rumah yang tergantung dimuka pintu bilik. Aku menbetulkan tudung dan jaket hitam yang dihadiahkan oleh Ryan dan Sarah. Jaket Adidas yang telah aku idam-idamkan sejak dulu lagi. Ayah dan nenek sudah lama masuk tidur. Jam menunjukan pukul 9.00 malam. Aku harus menenangkan pikiran aku. Lagipun sudah lama aku tak berjalan kelilingi kampung ini.

 

Angin malam betiup sepoi-sepoi. Tudungku menari-nari mengikuti rentak angin. Indahnya malam ini. Akhirnya aku dapat juga melihat keindahan malam Kampung Lorong Fatimah ini. Walaupun jalanya gelap, hanya diterangi lampu jalan, ia terasa  amat nyaman dan selamat. Agaknya macam mana dengan keadaan Rizik tu eh? Kenapa dengan dia tu? Asal lah dia pingsan dekat pesawat hari tu eh? Teruk sangat ke sakit dia tu? Agak risau aku dibuatnya. Aku berjalan menujui buaian yang terletak tidak jauh dari rumah. Aku menaiknya dan menghayunkan buaiyan yang aku naiki itu dengan perlahan-lahan. Pikiranku masih berfikir tentang kejadian yang berlaku di pesawat. Agh! Asal lah kau pikirkan tentang lelaki gila tu. Buang masa je!

 

"Apa yang awak buat malam-malam ni? Tak baik kalau anak dara duduk sorang-sorang. Nanti setan yang nakal-nakal kacau awak baru tahu,"aku menoleh dan melihat seorang lelaki berdiri di belakangku. Suaranya punyalah garau . Disebabkan terlalu terperanjat, badanku tercampak dan aku jatuh keatas lantai yang berpasiran itu. Alamak! Apa mamat gila itu buat dekat sini malam-malam? Aku memegang siku kananku yang luka. Pedih! Gabrah aku dibuatnya. Setan? Dial ah setan tu kut.

 

"Apa yang awak buat dekat sini. Awak nak tahu tak? Awak tu lah setang yang nakal!" aku menjawab sambil kujelingnya. Ni semua kerana lelaki gila tu lah aku jadi cedera macam gini.

 

"Sini saya bantu awak berdiri." dia menghulurkan tangannya. Aku tak menghiraukan itu malahan aku berdiri sendiri. Tak ingin lah aku bantuan dia.

 

"Awak belum jawab pertanyaan saya tadi. Kenapa awak ada dekat sini?" aku membetulkan tudungku yang terselak dan sedikit mendedahkan dadaku.

 

"Saya nak jumpa awak lah." dia merenungku. Tangannya dicekatkan di pinggangnya. Apasal pulak malam-malam nak jumpa aku? Memang sah lah, otak dia agak senget.

 

"Asal pula nak jumpa saya? Saya tak ingin pun jumpa awak. Lagi satu, mana awak tahu saya tinggal dekat sini? Awak ni stalker eh?" heran juga lah dengan lelaki gila ni. Kalau nak cakap dia annoying tu, dah memang pun. Kalau nak cakap gila, memang gila tahap maximum. Otak dia ni nak kena buat pembenadahan kut. Kalau tak, kene ketuk dulu kut biar sadar.

 

"Saya nak cakap dengan awak. Ada sesuatu yang saya nak bincangkan." dia menarik tanganku.

 

"Apa ni penggang-penggang? Kang saya tumbuk baru hang tau.” Aku sudah cuba untuk melepakan peganggan itu namun kekuatannya melebihi kekuatanku.  “Saya nak balik lah. Dah malam. Lagipun apa yang nak cakapkan? Bukannya awak ada apa-apa dengan saya kan? Kalau nak berterima kasih pun, takkan malam-malam buta ni. Baik awak pergi balik sekarang sebelum ada apa-apa terjadi dekat kita ni?"

 

"Apa yang nak terjadi? Kena tangkap khalwat ke? Kalau macam gitu, saya lagi suka lah. Siapa tak nak kan kawan free? Kawin dengan perempuan alim dan cantik pula tu. Bersyukur Alhamdulillah saya!" dia ni memang dah mengada-ngada ni. Nak saja aku tendang dia. Isyh! Akhirnya, aku dapat melepaskan tangan yang digengamnya tadi. Langsung, aku cepat-cepat membuat langkah seribu. Malas betul layan karenah orang gila macam dia. Bukannya dapat untung apa-apa. Dapat dosa ada lah, tak habis-habis mengutuk dia dekat dalam hati.

 

"Awak!" kedengaran suara lelaki gila itu di belakangku. Apa lagi lah yang dia nak? Kang ayah aku turun habis kau kena marah. Aku tak menoleh, malahan aku tetap melangkah pulang ke rumah... Setelah lama aku berdiam, tak menghiraukan panggilannya, aku menoleh dan melihat Rizik telah membuka pintu kertanya dan memasuki ke dalam perut kereta itu. Langsung, kereta itu dipandu dan meninggalkan ku sendiri di jalan itu. Tak lah pandu cepat, kecepatandia sama seperti kecepatan aku aik basikal. Slow gila babe!

 

Akhirnya, kau menyerah juga. Tak tahu pula kau cepat mengalah. Atau tak, aku yang sangat keterlaluan? Tiba-tiba, bahuku terasa ditarik kuat. Mulutku disekat dengan kain dan aku diheret ke arah pokok-pokok yang amat tinggi dan dedaun yang lebat. Tak kuat untuk aku merontah kerana kekuatanku tak melebihi dari kekuatan orang ini. Adakah orang yang menarik aku ini Riziq? Setahu aku, dia sudah nak balik. Aku nampak tadi dia menaiki keteta BMWnya. Siapa pulak orang ni. Aku cuba beberapa kali untuk memberontak, tanganku memukul badan yang tegap itu. Tetapi apakan daya, aku yang menjadi lemah. Aku membuka mata dan melihat dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam berdiri dihadapanku.

 

Aku dicampakan ke salah satu batang pokok yang tinggi. Dengan menggunakan keseluruhan tenagaku, aku cuba berdiri. Kaki ini rasa longai. Satu dari lelaki itu, menarik tudungku dan mencampakan ketepi. Tidak sempat untuk aku menghalangnya dari membuka tudungku. Auratku yang telah aku pelihara selama ini sudah dilihat oleh orang yang bukan mahramku. Aku mencapai sebatang kayu yang terletak dekat dengan aku dan menghentaknya di kepala kedua-dua lelaki itu. Ya Allah! Tolong hambamu ini. Perasaan takut menyelubungi aku. Aku mengambil kain tudung yang dicampakan tadi dan menyarungkannya di kepala. Tak kisahlah kalau aku tak kemas, yang penting rambutku sudah tertutup. Dan yang paling penting, aku harus lari dari dua jantan keparat ini. Anak siapa yang bekelakuan tak elok?

 

Selipar Fazril yang aku sarungkan di kaki sudah tinggal sebelah. Yang sebelah lagi aku tak tahu hilang kemana. Aku tetap membuat langkah seribu. Aku melarikan diri jauh dari tempat tadi. Tetapi aku sendiri tak tahu arah mana yang aku tujui. Pikiran aku kusut. Akhirnya, aku terlihat sebuah cahaya jalan raya. Aku melari menuju cahaya itu. Cepat! Kau tak boleh menyerah Sya, mereka masih mengejar engkau.

 

"Hoi pompan! Kau nak lari kemana huh?" suara yang garau itu bergendang di telingaku. Takutnya aku! Mak, mana aku nak larikan diri sekarang? Dahlah diorang tu lari laju. Aku pula lari pelan. Takut-takut mereka akan dapat mengejarku.

 

Tak pernah dalam hidup aku, aku merasa setakut ini. Lagi beberapa langkah lagi Sya. Aku melihat bahawa sebuah kereta sedang memandu ke arah aku. Aku melambaikan tanganku. Tenagaku rasa makin berkurang. Kakiku rasa longai. Tetap, aku melambaikan tanganku, memberi isyarat supaya kereta itu diberhentikan. Mataku tetap tertumpu pada kereta hitam yan sekarang sudah berhenti dihadapanku. Tenaga yang tadinya masih tinggal sedikit, sudah hilang. Aku menjatuhkan badanku. Rasa tak terdaya lagi untuk terus berdiri. Kaki lenguh. Jantungku masih berdegup dengan kencang.Peluh menitis perlahan-lahan di dahi ku. Tangan dan mukaku menunjukkan kesan calar atas impak  aku dicampak tadi.

 

Kelihaan seorang lelaki keluar dari kereta itu. Tangan kananku tetap memegang kuat tudung itu. Aku menundukan mukaku ke tar jalan raya itu.

 

"Awak? Ni betul kan awak? Awak yang saya jumpa tadi?" suara lelaki itu. Suara Riziq. Aku mengangkatkan kepalaku dan melihat bahawa Riziq sudah berdiri di depanku. Aku segera menguatkan diri dan cuba berdiri.

 

"Can you please send me home?" akhirnya suara aku keluar juga. Pelan tetapi cukup kuat untuk dia mendengarnya.

 

"Okay. masuk kereta cepat. Dah malam ni." Dia tersenyum. Senyum punyalah lebar. apa yang kau senyumkan tu? Orang tengah kesusahan ini, kau boleh senyumkan. Riziq membuka pintu keretanya untuk aku dan secepatnya, aku masuk. Mana pula dua lelaki yang tadi yang cuba... Tak ingin aku mengucapnya. Hina betul lah perangai mereka. Kalah binatang. Air mataku mengalir membasahi pipiku. Tangan yang masih menggigil itu ku sembunyikkan di poket jaket yang aku pakai itu. Tak mahu keadaan aku ini dilihat oleh Riziq.

 

"Awak okay tak? Saya tengok awak takut semacam jek. Ada apa-apa terjadi kat awak ke? Siapa buat awak macam gini. Habis muka dengan tangan awak bercalar," suara itu kedengaran lembut dan risau. Suara yang penuh dengan kasih sayang. Cheh, mana aku tahu eh?

 

"Wak, terima kasih sebab tolong saya. Pertolongan awak amat saya hargai. Tak tahu macam mana saya nak membalasnya." air mata tetap mengalir. Apasal pula mengangis ni? Akh mengelap air mata yang jatuh.

 

"Awak belum jawap pertanyaan saya. Apa yang terjadi dekat awak? Siapa yang buat awak sampai macam gini? Tengok keaadaan awak sekarang ni. Tak terurus betul." suara yang kedengaran lembut dan menenangkan hati itu hilang dan diganti dengan suara yang tegas.

 

"Ermmm... Tadi a...ada dua orang yang menyerang saya. Saya tak tahu apa yang diorang nak dekat saya. Saya rasa takut sangat. Tu...tudung saya di... lepaskan." tergagap suara aku.

 

"Okay. Tapi diotang belum sentuh awak kan?" aku mengangguk pelan. "Dah awak tak payah risau. Saya ada dekat sini. Apa-apa terjadi, saya akan jadi hero awak, okay. Mana rumah awak? Saya tak tahu mana arah rumah awak." eh, konon tadi nak datang rumah. Sekarang, dia sendiri tak tahu jalan ke rumahku.

 

Tanpaku sedari, aku telah terlelap dalam perjalanan pulang.

 

"Wak, bangun. Kita dah sampai." aku dikejutkan dengan suara itu. Aku membuka mata dan melihat bahawa Rizik sedang memerhatikan aku. Adakah selama aku tidur ini dia terus melihat aku? Bulu roma aku merinding. Tanggan aku genggam.

 

"Sa...saya b...balik dulu. Terima kasih. Assalamualaikum." tangganku terus membuka pintu kereta. Jantungku berdegup dengan kuat. Tak boleh jadi ni. Sebelum semapat aku membuat langkah untuk masuk ke rumah, Rizik memanggilku.

 

"Awak! Tunggu sekejap. Saya ada sesuatu nak tanya awak." aku menoleh dan melihat bahawa Rizik sudah berdiri di depanku, cuma beza beberapa tapak. Aku memngangug.

 

"Apa nama awak?"

 

"Saya Nurul Fatinsya. Saya dah jawap pertanyaan awak kan. Saya masuk dulu."

 

"Saya Muhammad Riziq Syazril. Saya harap awak boleh keluar dengan saya..." Aku tak ingin pun jumpa kau lagi. Tetapi... dia tadi kan dah tolong aku, aku kenalah berterima kasih dekat dia.

 

"Awak sms saya tempat dan waktu. Saya jumpa awak esok." aku masuk rumah dan menutup pintu rapat. Terus larikan diri ke dalam bilikku. Suara enjin kereta Rizik sudah kedengaran. Bunyi kereta itu kedengaran semakin pelan dan semakin jauh. Mungin dia sudah balik kut. Aku merebahkan badan yang terasa berbisa ini ke atas katil yang empuk ini. Siapa lelaki-lelaki yang menyerang aku tadi eh? Muka mereka macam aku kenal je. Sedang aku hendak memejamkan mata, sebuah mesej masuk. Aku mencapai telefon bimbitku di dalam poket dan membaca pesanan itu. Nombor siapa ni?

 

 

Hello awak!

Esok kita jumpa dekat restaurant Seoul Garden, Causeway Point pukul 3 tgh hari. Thank You sebab nak jumpa saya.

 

Aku menatapi skrin telefon bimbitku sebelum mencampakannya ke tepi. Baru satu hari dekat kampung, banyak benda dah terjadi. Kalau lah aku dengar nasihat si Riziq tu, takkanku alami hal yang berlaku seperi tadi kan? Menyesal pula dah buat perangai tak elok dengan di atadi. Walau apa-apapun, aku harus dan patut hormat dia sebab dia tu kan abang aku. Bila aku keseorangan , banyak benda yang akan aku fikirkan. Aku patut berterima kasih dengannya bukan marah dekat Riziq. Besok, aku akan berjumpa dengan dia dan aku patut berterima kasih. Lelaki dua itu, Korang boleh berambus. Kalau aku jumpa dengan korang, nahas ayah akan kerjakan korang dua.
 
Hope hope korang enjoy!!!

Jerebu!!!!

Assalamualaikum semua,

Maaflah saya tak dapat update. Selalu update lambat... Jangan risau okay. Saya tengah berusaha sedaya upaya untuk mehabisan manuscript novel ni secepat mungki s senang lah saya nak update korang selalu. Kalau tak, pecah otak say dibuatnya sebab idea penulisan tidakngalir di otak saya. Ni, sekarang ni musim tak baik. Kat Singapore, jerebu dia sangatlah teruk. Dah macam kat Gentng pula. Tak payah nak pergi Genting. Tengok luar tingkap saja dah macam dekat Genting. Teruk sangat !! Pollutant Standard Index (PSI) boleh sampa 371 dah sangat teruk tu. Kalau korang keluar rumah saja, dah Nampak banyak ninja-ninja. Semua dah pakai mask. Ada juga yang sanggup mengeluarkan $110 untuk nak beli mask saja. Kan lebih baik duduk rumah layan drama. Meh, saya kongsi keadaan jerebu di Singapore sekarang.

Ni baru PSI 155 tau... Ni lah pemandangan dari bilik tidur saya. Manalah kau menghilang langit biru???
Ni pula keadaan dekat Marina Bay. Teruk kan? Ni boleh buat movie hantu-hantu sebab ade effect yang sangat natural. Spookyyy!!!
 
 
Terukkan ???? Kalau dekat Singapore dah teruk macam gini, macam mana pula dengan Malaysia dan Indonesia. Mesti lagi terukkan? Tulah, diorang tak nak ambil langkah yang selamat. Kan bagus kalau pokok itu di tebang saja. Memanglah amat menyusahkan dan time consuming, tetapi ia tidak akan membahayakan orang-orang kan? Pastu, pokok-pokok itu boleh digunakan untuk membuat furniture ke atau kertas. Ni pula bakar hutan tu, lepastu semua oraang kat sekitar dia pun terkena. Aduhai... harap diorang sedar dengan tindakan salah mereka.
 
 
Dah. Hari kan....................................................
 
Ada drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Happy sangat lah saya. Tinggal dua episod sebelum drama tu tamat. Anyway, Teduhan Kasih pun dah nak deka habis. Timing baik! Bila bukak sekolah saja, No more Drama, games and all sort of distraction... must concerntrate on studies.
 
So, kat atas nanti, saya akan update bab 8. Do look forward okay.
 


Hati Yang Kau Sakiti

[Bab 6] [Bab 7] [Bab 8]