Aku
membancuh kopi o untuk ayah. Sudah lama aku tak duduk sama-sama berborak dengan
nenek, ayah dan Fazil. Untuk nenek dan Fazil pula, aku membancuhkan mereka teh.
Biskut metega sudah aku susun dengan rapi di atas pinggan. Dengan bantuan Fazril,
aku membawa cawan-cawan and pinggan itu ke ruang tamu.
"Sya,
macam mana dengan sekolah dekat sana?" Ayah menoleh melihat aku.
"Bagus
yah! Sya dapat lulusan kedoktoran seperti mana yang sudah ayah idamkan.
Sekarang ini, Sya tengah tunggu tawaran kerja saja."
"Alhamdulillah...
Akhirnya cita-cita ayah sebagai doktor sudah dimakbulkan. Walaupun ayah tak
boleh jadi doktor, anak ayah yang meneruskan dengan cita-cita ayah. Ayah dengar
kamu ada jumpa dengan ibu." haish, ni mesti nenek yang bilang dekat ayah.
Aku
harap ayah tidak berkecik hati apabila mengetahui itu. Aku tahu mesti ayah
masih merindui ibu. Namun, itu adalah takdir yang sudah tertulis di dalam buku
kehidupan ayah. Ibu bukan jodohnya. Walauapapun, dia tetaplah ibu kepada aku
dan Fazril.
Memang,
dia tinggalkan kita adik-beradik dan pergi jauh mencari lelaki yang lebih kaya.
Yang boleh memberinya kebahagian dengan mata wang. Kalau itu apa yang ibu mahu,
aku tahu ayah akan redha dengan pilihan ibu. Aku memandang raut wajah yang
semakin hari semakin menua ini. Dialah ayah yang tetap disisi aku dan Fazril
dan dia juga tetah menjaga kami berdua. Bertapa kasih sayangnya bergitu mulia.
Kasih seorang ayah akan aku kenang selalu.
"Ye,
Sya ada terjumpa dengan ibu bila dekat airport. Bukan itu saja yah, ibu juga
menaiki sama pesawat dengan Sya dan dia di tempatkan duduk di sebelah Sya.
Munkin ini semua sudah ditakdirkan oleh Allah eh yah..."
"Mungkin
juga. Sya ayah nak berutahu kamu sesuatu. Fazril, kamu pun harus dengar apa
yang ayah nak beritahu." aku dan Fazil membalas pandangan. Macam serius je
ayah ni. Aku dan Fazil mengangguk tanda faham.
"Tapi
kamu harus janji dengan nenek jangan terperanjat beruk pula," nenek melihat kami berdua. Kami mengangguk
lagi sekali dan kali ini juga, aku tersenyum melihat nenek.
"Sebenarnya,
kamu berdua harus berterima kasih dekat ibu dan bapa tiri kamu itu." ayah
bersuara. Apa pula kena bereterima kasihh dekat bapa tiri aku tu? Bukan dia ada
buat apa-apa untuk aku atau Fazril. Fazril kelihatan keliru apatah lagi akukan?
"Apa
yang ayah maksudkan dengan berterima kasih?" Fazil bertanya.
"Ibu
dan Bapa tiri kamu lah yang sudah banyak membantu keluarga kita. Semua biaya
persekolahan kamu di tanggung oleh mereka. Ayah sudah menolak berkali-kali
tetapi atas desakan mereka, Ayah gagal."
"Apa
alasan Encik Haris membiayai sekolah kita?"
"Macam
mana Sya tahu suami ibu kamu itu bernama Haris?" macam manalah aku nak
menjawabnya. Aku dah terdengar bila si mamat gila tu sakit nak buat apa.
"Dah tak apa. Encik Haris rasa bersalah sebab sudah mengahwini ibu, dan
kalau diikutkan, Encik Haris itu pun ayah kamu. Itu sebab dia berhak untuk
membantu kamu berdua. Lagi pun dengan biaya yang sangat mahal itu, manalah ayah
sanggup. Sekolah dekat luar negera tu bukan main mahal tau." ayah
memandang lantai. Aku tahu ayah rasa bersalah kerana sudah merahsiakan semua
ini daripada kami berdua. Nampaknya nenek sudah tahu tentang hal yang sebenar.
Patut lah nenek tak marah time aku sebut ibu depan dia. Dulu bukan main nak
sebat aku bila aku sebut nama ibu.
"Ayah
nak kamu berdua jumpa dengan ibu kamu dan berterima kasih dengan dia. Walaupun
dia sudah membiarkan kita dan meninggalkan kita, dia tidak pernah lupa dengan
kehadiran kita di sini " Ayah menyambung lagi. Aku rasa bersalah sangat
sebabab aku dulu pernah membenci ibu. Aku pernah tak menyukai ibu dan Encik
Haris. Tetapi sekarang, aku harus menukar cara perspektif aku terhadap mereka. Kalau
bukan kerana mereka, jaganlah aku boleh mencapai matlamat aku sekarang ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku
mencapai kunci rumah yang tergantung dimuka pintu bilik. Aku menbetulkan tudung
dan jaket hitam yang dihadiahkan oleh Ryan dan Sarah. Jaket Adidas yang telah
aku idam-idamkan sejak dulu lagi. Ayah dan nenek sudah lama masuk tidur. Jam
menunjukan pukul 9.00 malam. Aku harus menenangkan pikiran aku. Lagipun sudah
lama aku tak berjalan kelilingi kampung ini.
Angin
malam betiup sepoi-sepoi. Tudungku menari-nari mengikuti rentak angin. Indahnya
malam ini. Akhirnya aku dapat juga melihat keindahan malam Kampung Lorong
Fatimah ini. Walaupun jalanya gelap, hanya diterangi lampu jalan, ia
terasa amat nyaman dan selamat. Agaknya
macam mana dengan keadaan Rizik tu eh? Kenapa dengan dia tu? Asal lah dia
pingsan dekat pesawat hari tu eh? Teruk sangat ke sakit dia tu? Agak risau aku
dibuatnya. Aku berjalan menujui buaian yang terletak tidak jauh dari rumah. Aku
menaiknya dan menghayunkan buaiyan yang aku naiki itu dengan perlahan-lahan.
Pikiranku masih berfikir tentang kejadian yang berlaku di pesawat. Agh! Asal
lah kau pikirkan tentang lelaki gila tu. Buang masa je!
"Apa
yang awak buat malam-malam ni? Tak baik kalau anak dara duduk sorang-sorang.
Nanti setan yang nakal-nakal kacau awak baru tahu,"aku menoleh dan melihat
seorang lelaki berdiri di belakangku. Suaranya punyalah garau . Disebabkan
terlalu terperanjat, badanku tercampak dan aku jatuh keatas lantai yang
berpasiran itu. Alamak! Apa mamat gila itu buat dekat sini malam-malam? Aku
memegang siku kananku yang luka. Pedih! Gabrah aku dibuatnya. Setan? Dial ah setan
tu kut.
"Apa
yang awak buat dekat sini. Awak nak tahu tak? Awak tu lah setang yang
nakal!" aku menjawab sambil kujelingnya. Ni semua kerana lelaki gila tu
lah aku jadi cedera macam gini.
"Sini
saya bantu awak berdiri." dia menghulurkan tangannya. Aku tak menghiraukan
itu malahan aku berdiri sendiri. Tak ingin lah aku bantuan dia.
"Awak
belum jawab pertanyaan saya tadi. Kenapa awak ada dekat sini?" aku
membetulkan tudungku yang terselak dan sedikit mendedahkan dadaku.
"Saya
nak jumpa awak lah." dia merenungku. Tangannya dicekatkan di pinggangnya.
Apasal pulak malam-malam nak jumpa aku? Memang sah lah, otak dia agak senget.
"Asal
pula nak jumpa saya? Saya tak ingin pun jumpa awak. Lagi satu, mana awak tahu
saya tinggal dekat sini? Awak ni stalker eh?" heran juga lah dengan lelaki
gila ni. Kalau nak cakap dia annoying tu, dah memang pun. Kalau nak cakap gila,
memang gila tahap maximum. Otak dia ni nak kena buat pembenadahan kut. Kalau
tak, kene ketuk dulu kut biar sadar.
"Saya
nak cakap dengan awak. Ada sesuatu yang saya nak bincangkan." dia menarik
tanganku.
"Apa
ni penggang-penggang? Kang saya tumbuk baru hang tau.” Aku sudah cuba untuk
melepakan peganggan itu namun kekuatannya melebihi kekuatanku. “Saya nak balik lah. Dah malam. Lagipun apa
yang nak cakapkan? Bukannya awak ada apa-apa dengan saya kan? Kalau nak
berterima kasih pun, takkan malam-malam buta ni. Baik awak pergi balik sekarang
sebelum ada apa-apa terjadi dekat kita ni?"
"Apa
yang nak terjadi? Kena tangkap khalwat ke? Kalau macam gitu, saya lagi suka
lah. Siapa tak nak kan kawan free? Kawin dengan perempuan alim dan cantik pula
tu. Bersyukur Alhamdulillah saya!" dia ni memang dah mengada-ngada ni. Nak
saja aku tendang dia. Isyh! Akhirnya, aku dapat melepaskan tangan yang
digengamnya tadi. Langsung, aku cepat-cepat membuat langkah seribu. Malas betul
layan karenah orang gila macam dia. Bukannya dapat untung apa-apa. Dapat dosa
ada lah, tak habis-habis mengutuk dia dekat dalam hati.
"Awak!"
kedengaran suara lelaki gila itu di belakangku. Apa lagi lah yang dia nak? Kang
ayah aku turun habis kau kena marah. Aku tak menoleh, malahan aku tetap
melangkah pulang ke rumah... Setelah lama aku berdiam, tak menghiraukan
panggilannya, aku menoleh dan melihat Rizik telah membuka pintu kertanya dan memasuki
ke dalam perut kereta itu. Langsung, kereta itu dipandu dan meninggalkan ku
sendiri di jalan itu. Tak lah pandu cepat, kecepatandia sama seperti kecepatan
aku aik basikal. Slow gila babe!
Akhirnya,
kau menyerah juga. Tak tahu pula kau cepat mengalah. Atau tak, aku yang sangat
keterlaluan? Tiba-tiba, bahuku terasa ditarik kuat. Mulutku disekat dengan kain
dan aku diheret ke arah pokok-pokok yang amat tinggi dan dedaun yang lebat. Tak
kuat untuk aku merontah kerana kekuatanku tak melebihi dari kekuatan orang ini.
Adakah orang yang menarik aku ini Riziq? Setahu aku, dia sudah nak balik. Aku
nampak tadi dia menaiki keteta BMWnya. Siapa pulak orang ni. Aku cuba beberapa
kali untuk memberontak, tanganku memukul badan yang tegap itu. Tetapi apakan
daya, aku yang menjadi lemah. Aku membuka mata dan melihat dua orang lelaki
yang berpakaian serba hitam berdiri dihadapanku.
Aku
dicampakan ke salah satu batang pokok yang tinggi. Dengan menggunakan
keseluruhan tenagaku, aku cuba berdiri. Kaki ini rasa longai. Satu dari lelaki
itu, menarik tudungku dan mencampakan ketepi. Tidak sempat untuk aku
menghalangnya dari membuka tudungku. Auratku yang telah aku pelihara selama ini
sudah dilihat oleh orang yang bukan mahramku. Aku mencapai sebatang kayu yang
terletak dekat dengan aku dan menghentaknya di kepala kedua-dua lelaki itu. Ya
Allah! Tolong hambamu ini. Perasaan takut menyelubungi aku. Aku mengambil kain tudung
yang dicampakan tadi dan menyarungkannya di kepala. Tak kisahlah kalau aku tak
kemas, yang penting rambutku sudah tertutup. Dan yang paling penting, aku harus
lari dari dua jantan keparat ini. Anak siapa yang bekelakuan tak elok?
Selipar
Fazril yang aku sarungkan di kaki sudah tinggal sebelah. Yang sebelah lagi aku
tak tahu hilang kemana. Aku tetap membuat langkah seribu. Aku melarikan diri
jauh dari tempat tadi. Tetapi aku sendiri tak tahu arah mana yang aku tujui.
Pikiran aku kusut. Akhirnya, aku terlihat sebuah cahaya jalan raya. Aku melari
menuju cahaya itu. Cepat! Kau tak boleh menyerah Sya, mereka masih mengejar
engkau.
"Hoi
pompan! Kau nak lari kemana huh?" suara yang garau itu bergendang di
telingaku. Takutnya aku! Mak, mana aku nak larikan diri sekarang? Dahlah
diorang tu lari laju. Aku pula lari pelan. Takut-takut mereka akan dapat
mengejarku.
Tak
pernah dalam hidup aku, aku merasa setakut ini. Lagi beberapa langkah lagi Sya.
Aku melihat bahawa sebuah kereta sedang memandu ke arah aku. Aku melambaikan
tanganku. Tenagaku rasa makin berkurang. Kakiku rasa longai. Tetap, aku
melambaikan tanganku, memberi isyarat supaya kereta itu diberhentikan. Mataku
tetap tertumpu pada kereta hitam yan sekarang sudah berhenti dihadapanku.
Tenaga yang tadinya masih tinggal sedikit, sudah hilang. Aku menjatuhkan
badanku. Rasa tak terdaya lagi untuk terus berdiri. Kaki lenguh. Jantungku
masih berdegup dengan kencang.Peluh menitis perlahan-lahan di dahi ku. Tangan
dan mukaku menunjukkan kesan calar atas impak
aku dicampak tadi.
Kelihaan
seorang lelaki keluar dari kereta itu. Tangan kananku tetap memegang kuat tudung
itu. Aku menundukan mukaku ke tar jalan raya itu.
"Awak?
Ni betul kan awak? Awak yang saya jumpa tadi?" suara lelaki itu. Suara
Riziq. Aku mengangkatkan kepalaku dan melihat bahawa Riziq sudah berdiri di
depanku. Aku segera menguatkan diri dan cuba berdiri.
"Can
you please send me home?" akhirnya suara aku keluar juga. Pelan tetapi
cukup kuat untuk dia mendengarnya.
"Okay.
masuk kereta cepat. Dah malam ni." Dia tersenyum. Senyum punyalah lebar.
apa yang kau senyumkan tu? Orang tengah kesusahan ini, kau boleh senyumkan.
Riziq membuka pintu keretanya untuk aku dan secepatnya, aku masuk. Mana pula
dua lelaki yang tadi yang cuba... Tak ingin aku mengucapnya. Hina betul lah
perangai mereka. Kalah binatang. Air mataku mengalir membasahi pipiku. Tangan
yang masih menggigil itu ku sembunyikkan di poket jaket yang aku pakai itu. Tak
mahu keadaan aku ini dilihat oleh Riziq.
"Awak
okay tak? Saya tengok awak takut semacam jek. Ada apa-apa terjadi kat awak ke?
Siapa buat awak macam gini. Habis muka dengan tangan awak bercalar," suara
itu kedengaran lembut dan risau. Suara yang penuh dengan kasih sayang. Cheh,
mana aku tahu eh?
"Wak,
terima kasih sebab tolong saya. Pertolongan awak amat saya hargai. Tak tahu
macam mana saya nak membalasnya." air mata tetap mengalir. Apasal pula
mengangis ni? Akh mengelap air mata yang jatuh.
"Awak
belum jawap pertanyaan saya. Apa yang terjadi dekat awak? Siapa yang buat awak
sampai macam gini? Tengok keaadaan awak sekarang ni. Tak terurus betul."
suara yang kedengaran lembut dan menenangkan hati itu hilang dan diganti dengan
suara yang tegas.
"Ermmm...
Tadi a...ada dua orang yang menyerang saya. Saya tak tahu apa yang diorang nak
dekat saya. Saya rasa takut sangat. Tu...tudung saya di... lepaskan."
tergagap suara aku.
"Okay.
Tapi diotang belum sentuh awak kan?" aku mengangguk pelan. "Dah awak
tak payah risau. Saya ada dekat sini. Apa-apa terjadi, saya akan jadi hero
awak, okay. Mana rumah awak? Saya tak tahu mana arah rumah awak." eh,
konon tadi nak datang rumah. Sekarang, dia sendiri tak tahu jalan ke rumahku.
Tanpaku
sedari, aku telah terlelap dalam perjalanan pulang.
"Wak,
bangun. Kita dah sampai." aku dikejutkan dengan suara itu. Aku membuka
mata dan melihat bahawa Rizik sedang memerhatikan aku. Adakah selama aku tidur
ini dia terus melihat aku? Bulu roma aku merinding. Tanggan aku genggam.
"Sa...saya
b...balik dulu. Terima kasih. Assalamualaikum." tangganku terus membuka
pintu kereta. Jantungku berdegup dengan kuat. Tak boleh jadi ni. Sebelum semapat
aku membuat langkah untuk masuk ke rumah, Rizik memanggilku.
"Awak!
Tunggu sekejap. Saya ada sesuatu nak tanya awak." aku menoleh dan melihat
bahawa Rizik sudah berdiri di depanku, cuma beza beberapa tapak. Aku
memngangug.
"Apa
nama awak?"
"Saya
Nurul Fatinsya. Saya dah jawap pertanyaan awak kan. Saya masuk dulu."
"Saya
Muhammad Riziq Syazril. Saya harap awak boleh keluar dengan saya..." Aku
tak ingin pun jumpa kau lagi. Tetapi... dia tadi kan dah tolong aku, aku
kenalah berterima kasih dekat dia.
"Awak
sms saya tempat dan waktu. Saya jumpa awak esok." aku masuk rumah dan
menutup pintu rapat. Terus larikan diri ke dalam bilikku. Suara enjin kereta
Rizik sudah kedengaran. Bunyi kereta itu kedengaran semakin pelan dan semakin
jauh. Mungin dia sudah balik kut. Aku merebahkan badan yang terasa berbisa ini
ke atas katil yang empuk ini. Siapa lelaki-lelaki yang menyerang aku tadi eh?
Muka mereka macam aku kenal je. Sedang aku hendak memejamkan mata, sebuah mesej
masuk. Aku mencapai telefon bimbitku di dalam poket dan membaca pesanan itu.
Nombor siapa ni?
Hello awak!
Esok kita jumpa dekat restaurant
Seoul Garden, Causeway Point pukul 3 tgh hari. Thank You sebab nak jumpa saya.
Aku
menatapi skrin telefon bimbitku sebelum mencampakannya ke tepi. Baru satu hari
dekat kampung, banyak benda dah terjadi. Kalau lah aku dengar nasihat si Riziq
tu, takkanku alami hal yang berlaku seperi tadi kan? Menyesal pula dah buat
perangai tak elok dengan di atadi. Walau apa-apapun, aku harus dan patut hormat
dia sebab dia tu kan abang aku. Bila aku keseorangan , banyak benda yang akan
aku fikirkan. Aku patut berterima kasih dengannya bukan marah dekat Riziq.
Besok, aku akan berjumpa dengan dia dan aku patut berterima kasih. Lelaki dua
itu, Korang boleh berambus. Kalau aku jumpa dengan korang, nahas ayah akan
kerjakan korang dua.
Hope hope korang enjoy!!!

1 comment:
best nak lagi.
Post a Comment