Monday, 8 July 2013

My Life Story

Eh, lama jugak eyh aku tak tulis entri? Banyak bendo tak tebuat nak goyang kaki tulih entri. Mimpi lah aku. Orang tanya KakNis ni umur brape? Saya ni masih sweet 16 tau... Belum pijak 16 pun.  Tapi, kawan aku buat aku maciam mak diorang. Apa dah, aku nak hidup muda ok. Sorry lah, kalau entri aku kali ni agak kasor. Penat nak berformal terus-terusan. Seliap kali tulis surat, guna pakai bahasa melayu baku, sekarang, aku nak bedal semua. Singlish, Melayu, Bahaso Orang Puteh, Indon aku gasiak je sekarang. More relax to read and much easier for me to type.

Ni, hari ni aku nak cerita sikit tetang diri aku. So korang jangan lah nak pandaik-pandiak buat cerita pasal aku pulo. Aku ni orang Singapore. Asli tu tak do lah, aku ni campuran Indon dan juga Singapore. Ni aku nak cakap. STOP! Jangan benci aku sebab aku dari indon okay. Aku larih pada 6 November 1997 di Pulau Batam. Itu lah tempat lahirku. Jealous tak??

Aku ni pun maciam korang jugak. Normal. Namun hidup aku dulu memang tak normal. Aku terpaksa ulang-alik Singapura dan Batam. Itu lah rutinku setiap minggu. Sebenarnya, mak aku sudah di ban for life in Singapore. Dia tidak lagi boleh dibenarkan masuk ke Singapore kerana mak pernah kerja di Singapore dan akhirnya berkahwin dengan orang warga Negara Singapura. Itu kan yang susahnya. Abeh aku macam mana? Aku tepaksa ikut ayah aku sebab aku kena daftar sebagai anak Singapura. So, aku tidak dibenarkan tinggal di Batam lama-lama. Setiap cuti minggu, aku akan pulang ke Batam dan minggu malamnya pula, aku akan kembali pulang ke Singapore. Kesian tak aku ni? Hanya boleh jumpa dengan mak bila cuti minggu saja. Hmmmm, apalah nasib baby cute macam aku

Ayah aku pula dulu, hanya bekerja sebagai penjaga di topekong cina setiap malam. Aku tidak ada sesiapa tetapi seorang ayah yang penyayang. Aku kesian bila nak kenang balik apa yang dia sudah korbankan untuk aku. Ayah aku kerjapun dia akan bawa aku bersama. Aku tahu bila aku masih kecil, aku kuat meragam. Yelah, mana tak dia, aku tak dapat susu badan dari mak, tak macam anak-anak yang lain, tak macam adik-adik yang lain. Setiap malam, lepas selesaikan kerja rumah aku, aku akan siap-siap ikut ayah kerja. Kata-kata nak menyebok lah. Konon nak tolong ikut menjaga. Topekong yang ayah kerja tu agak keras. So, malam-malam ayah akan tidurkan aku. Mesti korang tertanya-tanya, tak bosan ke aku duduk situ, tak ada tv, handphone, atau apa-apa untuk menghibur hati anak kecil ini? Untuk aku, ia amat tidak membosankan aku. Malahan, aku amat gembira aku dapat jauh dari keluarga yang lain.

Komputer inilah mainan aku. Ini lah alat yang digunakan ayah untuk mengajarkanku.
 
 
Akhirnya, Allah maha kuasa memakbulakan doaku, ayah dan mak. Mak telah dibebaskan dari law Singapura yang amat ketat itu dan mak dibenarkan masuk ke Singapura lagi. Itu lah hari yang paling gembira dalam hidup aku. Mak baru dapat masuk ke singapura bila aku berumur 6 tahun. Bayangkan, selama enam tahun itu, aku tinggal tanpa mak. No mother to take care of me when I need to get ready for school. Eventhough there is my aunt who help to take care of me, it is so much different from aunt and mother love. Most of the time, I did everything myself. Aku tak nak menyusahkan orang. Maybe that is the cause for me to act more mature than my other same age friends.
 
 
But that s not the end of my life story, there are many other things that happened to my family. Tapi tu semua tak patut aku ceritakan kerana ia akan mendedahkan aib keluarga sendiri. Keluargaku dihalau keluar, tiada tempat nak tinggal. Padahal, rumah itu ditaruk atas nama ayah aku. Setiap bulan dialah yang membayar duit rumah, api air dan macam-macam lagi. Namun, keluargaku tetap diperlakukan seperti itu oleh mereka. Kalaulah dulu aku sudah memunyai hak untuk memarahi mereka, memang sudah siang-siang lagi aku panggang badan diorang.
 
 
Namun, menceritakan tetang kesedihanku dan nasib sedihku bukanlah motif enteriku. Aku ingin memberitahu korang semua yang Allah sentiasa ada di sisi kamu semua. Atas kebesaran Allah, keluargaku mendapat kembali hak kami dan akhirnya mak dapat masuk Singapura lagi. You know right how Singapore's law work? If it stated as no, no one can change it. Namun, itu semua akhirnya berlaku kerana mak aku dapat berkumpul lagi bersamaku. That is why people, ingat lah Allah. Dia lah yang akan menolong kamu menyelesaikan masalah kerana dialah pereka masalah kamu. Masalah itu adalah ujian hidup dan ujian adakah kamu masih mengingati Allah.
 
 
Itu lah yang aku dapat nasihatkan sekarang. Aku ni bukan pandai sangat. Tetapi, Alhamdulillah telah menjadi zikirku setiap hari. Bersyukur kerana masalah yang dihadapi keluargaku malahan mengeratkan hubungan keluargaku.Terima kasih Ayah sebab sudah banyak bersabar dengan karenahku yang nakal dahulu. Sudah mendukungku kemana-mana kau pergi walaupun badanmu tak seberapa besar. Kau lah Superman, hero hidupku.
 


 Sekarang ni, aku paling benci yang muak kalau orang cakap, "Hidup aku selalu merana." "Hidup aku sedih sangat" "Hidup aku lah yang paling sedih" "I have a sad life story."... Sorry to say, this is all BULLSHIT. Allah baru uji hang sikit hang dah nak komplin melebih. Cuba belajar bersyukur. Kalau korang ada sad life story, orang-orang yang lain tak lah? At least hang tu bernasib baik. Hidup serba sempurna. Ada orang yang cacat lebih menghargai hidup mereka tak macam hang. Makan cukup. Dapat sekolah. Parents yang tanggung semua. Meh aku cakap sikit. Anak yang tak berkemampuan mempunya hidup yang lebih sedih dari hang tau tetapi mereka tak pernah nak komplin dan umumkan kepada satu dunia. Kadang-kala, mereka tak cukup makan, tak cukup baju, tak ada tempat nak berteduh. Tapi mereka tetap bahagia. Nak tahu kenapa? Sebab mereka bersyukur dengan takdir yang sudah tercatat dalam buku kehidupan mereka.

Now, close your eyes, dan ucapkanlah Alhamdulillah. Belajar besyukur bukan belajar meminta terus.

Ini lah entri aku hari ini. Memang panjang... Huhu... Esok dah mula sekolah. Susah nak dapat time luangkan masa untuk diri sendiri. Lusa dah mulai puasa kan? Selamat berpuasa. Tak puasa tak leh beraya. ChioW!!!!

3 comments:

DNAzzizat said...

Tsk.. Tsk.. Semoga kehidupan keluarga awak sekalian lebih cerah di masa akan datang. InsyaAllah, Allah maha Berkuasa, maha Penyayang dan maha Pengasih. :)

Unknown said...

Amin... Semoga keluarga saya akan hidup bahagia :)

DNAzzizat said...

AMIN!!!!!! :)