Thursday, 28 February 2013

Hati Yang Kau Sakiti Bab 6

Assaamualaikum readers...


              Awak semua apa khabar? Sihat? Saya harap, awak semua sihat lah ye. Maafkan saya sebab saya upload Bab 6 lambat. Ni diatas sebab-sebab saya terlalu sibuk menghabiskan masa-masa saya untuk mengulangkaji untuk ujian lanjutan penggal yang baru sahaja tamat hari rabu ini. Oleh itu, masa baru membenarkan saya intuk mengupdatenya sekarang. Mohon maaf ye...

Kay, cut off all of my blabbering... now, please enjoy reading Bab 6 people. hope you enjoy it.

Bab 6


Masa terasa bergerak dengan perlahan. Buntut ini rasa panas sangat, rasa macam nak sahaja aku berganjak dari tempat duduk ini. Berapa lama lagi lah aku harus duduk di sebelah lelaki gila ni? Aku senyum, dia setakat buat bodoh je. Dah bagus tahu aku baik dekat dia, dia pula nak berlagak mana punya sombong dekat aku. Sombong! Buang masa dan tenaga aku je nak ngumpat pasal dia dalam hati.

 

Aku mencuri pandang kepada skrin komputer ribanya. Wow, Business and Accounting. Baik kerja! Patut lah sombong, kaya rupanya. Eh... eh Fatin... sejak bila lah kau ni jadi kpo sangat pasal hal orang. Dahlah, lebih baik aku layan game Temple Run aku dari layan perasaanku yang membara ini.

 

Sebelum aku sempat hendak mengeluarkan iPad dari bag aku, aku dikejutkan dengan hentakan yang kuat di kepalaku. Pakcik gila ni nak apalah?! Kang, sebelum tanduk aku keluar, baik kau angat kepala kau dari kepalaku. Kalau tak, siap lah kau dengan batu pelempang dari Fatin the amazing woman.

 

"Apa yang awak nak?! Jangan nak main hentak kepala orang boleh tak?" aku menoleh dan melihat lelaki gila itu sedang bersandar di kepalaku. Tadi bukan main lagi aku diejeknya sebab ingatkan bahunya itu macam bouncing bag. Abis, sekarang ni dia sendiri pun melakukannya. Kalau pelan tu tak apalah, ini kuat, sakit kepala aku dibuatnya.

 

"Wei, bangunlah. Kalau awak saja je nak mengurat dengan saya, tak jalan lah. Awak tahu tak, kepala awak itu dekat atas kepala saya. Susah saya nak gerakan kepala saya ni!" aku mengamuk kecil. Tak bergerakpun kepala dia. Kesedapanlah tu. Aku menolakkan kepalanya.

 

"Fatin, asal dengan Riziq ni?" ibu menayakan aku sebaik sahaja dia mendengar perbualan aku kepada lelaki gila ni. Oh, nama dia Riziq.

 

"Riziq, bangun Riziq. Kamu okay tak ni?" wajah ibu bertukar menjadi risau. Ibu menggoyang-goyangkan tubuhnya, tetapi tidak ada sedikit reaksi yang diberkan. Asal pulak dengan mamat ni? Tadi punyalah sihat, bukan main mengacau orang. Sekarang sakit, sampai pingsan. Mungkin balasan sebab mengejek-ejek akukan. Padam muka kau!

 

Ibu memanggil seorang pramugari dan meminta pertolongan daripada pramugari tersebut. Keadaan kapal terbang menjadi huru-hara dan ia menarik perhatian penumpang-penumpang yang lain apatah lagi penumpang-penumpang yang duduk di sekeliling kami. Sarah dan Ryan juga ikut menyibuk menanyakan aku tentang apa yang terjadi kepada mamat gila tu. Manalah aku tahu!

 

"Attention to all passengers, due to some emergency issues, we need help from any of you who knows about medical. Any doctor or nurse on board, please come to cabin D14. Emergency." suara panggilan itu terdengar. Teruk sangat ke penyakit lelaki itu. Haish... Nak tolong ke atau tak nak tolong? Tolong.... Tak tolong.... Tolong... Tak tolong.... Uh tak payah tolong lah! Kite tengok dulu kalau ada orang yang tolong dia tak, kalau memang tak ada, aku tolong.

 

Pramugari dan ibu kelihatan risau dengan keadaan Riziq. Sudah banyak panggilan bantuan telah di suarakan. Seorang pun tak ada yang mahu menghulurkan bantuan, nasib kau betul lah Riziq.  Kesian betul lah aku tengok lelaki ini.

 

"Sya, apa yang kau buat dekat sini? Kau pergilah tolong mamat kacak itu. Nyawa dia dah sekarat aku tengok. Kata lulusan doktor, tapi bila nampak penyakit tak mahu nak hulurkan bantuan. Apa punya doktor lah ni? Pergi tolong dia! Berdosa tau kalau dah tahu tetapi tak lakukan sesuatu apatah lagi kalau dah ada ilmu tetang bidang itu." Sarah menegur aku sebaik saja panggilan bantuan yang ke 4 selesai. Ugh... Tak ada pillihan lain ke?

 

Aku berdiri dan menarik baju kemeja kuning yang kelihatan sedikit ronyok. Aku berjalan menuju ke arah D14. Riziq di pindahkan di sana. Aku menyelak langsir yang memisahkan antara D13 dan D14. Kelihatan Riziq sudah terbaring di atas lantai kapal terbang. Alat pembantuan nafas sudah dipasang. Ibu menangis teresak-esak. Aku berjalan lebih pantas apabila melihat kondisi Riziq sekarang. Keadaanya sudah seperti telur dihujung tanduk. Apabla melihat keadaan lelaki itu, aku tetlutut di sebelah Riziq. Kedua-dua lututku bersatu dengan lantai.

 

"Cik ni doctor ke? Atau jururawat?" seorang pramugari mendekati aku. Dia menghulurkan kepadaku kotak ubat. Aku membukanya dan mengambil alcohol dari kotak tersebut. Aku menyapu tanganku dengan alcohol, supaya tanganku bersih sebelum memegang apa-apa bahan ubat dan alat yang lain. Aku medekatkan telingaku ke mulutnya untuk mendengar pengerakan nafasnya sambil menarukkan tanganku di lehernya untuk memeriksa detakan jantungnya. Detakan jantungnya agak lemah. Aku menegagkan kepalanya. Tetap tidak sadar lelaki gila ini. Kesian aku tengok dia. Aku melaksanakan pemampatan pada kawasan dada beliau. Selanjutnya, aku memeriksa pernafasan Riziq lagi. Tak berjaya. Setelah beberapa kali aku mencuba, mata Riziq terkuak dengan perlahannya. Alhamdulillah, akhirnya dia sudah sedar.

 

"Sir, how are you feeling now? Are you feeling better?" aku menayakan Riziq sebaik sahaja matanya menatap mataku. Pandangan mata itu membuat jantungku berdebar laju. Apa yang aku rasakan ni? Dia mengangguk perlahan.  

 

"Encik, saya akan menginjek ubat painkiller. Insyaallah, ia akan mengurangkan rasa sakit encik" aku memberitahunya dan terus berdiri. Lagi lama aku dekat sini, lagi lama lah hati aku ini tidak karuhan.

 

"Sir, the airplane will be landing soon. So, you could be treated better there," Pramugari yang memakai seragam berwarna merah itu memberitahu kepada Riziq. Wanita itu memakai baju yang berlainan dengan pramugari yang lain. Mungkin supervisor atau manager kot.

 

"That will be better. Sekarang ini, kekuatan fisikal Encik ini agak lemah. Dia lebih memerlukan perawatan yang lebih untuk mengembalikan tenaga dan kesihatannya." aku menjawab. "So, my job is done. I got to go now." sebelum aku boleh melangkahkan kakiku keluar dari kabin itu, tanganku ditarik. Aku menoleh dan melihat bahawa Riziq yang memegang tanganku. Kembalilah penyakit aku ni. Debaran jantungku semakin laju. Kalau macam gini berteruskan, rasanya aku lah yang pingsan nanti. Kenapa bila aku dekat dengan dia, jantung aku berdebar kencang dari yang sebelumnya?

 

"Awak, thank you for saving me..." suara itu kedengaran lemah. Aku mengangguk dan berlalu pergi. Alamak, aku lupalah yang ibu ada dekat situ. Kan! Haiyo! Kau ni kan, kalau dah tak tentu arah, ibu sendiri pun sudah lupa ya. Paiseh lah kalau aku putar balik.

 

Aku kembali duduk di tempat dudukku dan merebahkan badanku di kerusi yang agak besar ini. Aku membetulkan posisi kedudukanku di kerusi itu dan  dengan masa yang singkat, aku sudah terlelap dibuai mimpi. Semua permasalahan sudah ditelan malam.

 

**********

 

Aku membuka mataku. Matahari sudah kelihatan di tingkat kapal terbang. Aku melihat jam di tanganku. Jam memunjukkan pukul 7.30 pagi. 2 jam lagi, pesawat ini akan mendarat. Mesti ibu sedang sibuk menjaga lelaki gila itu. Bila aku fikir-fikir, kesian pula aku tenguk dia tu. Dia kelihatan benar-benar sakit, tetapi sakit-sakitpun masih boleh perasan tahap maksima.

 

Aku menolehkan kepalaku apabila terdengar suara seorang wanita sedang tertawa. Itukan suara ibu. Alangkah terperanjat aku dibuatnya apabila aku melihat lekaki gila itu duduk di sebelah aku lagi. Eh, setahu aku dia sudah dihantarkan ke rumah sakit apabila kita mendarat tadi kan? Tetapi kalau pesawat ini mendarat, tak kan aku tak merasanya? Aku merenungnya. Tanda tanya memenuhi fikiranku.

 

"A...asal, awa...awak ada dekat sini? Bu...bukankah awak tadi sudah diturunkan sebab masalah kondisi awak itu?" asal pulak aku tergagap ni? Tak cool betul lah.

 

"Asal awak tenguk saya macam gitu sangat. Asal...? Awak sudah terpikat tenguk muka kacak saya ye?" mula lah nak puji diri sendiri. Kepala otak kau lah aku sudah terpikat dekat kau. Harapkan saja muka handsome, tapi perangai tak boleh angkat. Jijik aku dengar dia asyik-asyik puji diri sendiri.

 

"Eh, please ye. Saya heran sebab kenapa awak ada dekat sini! Bukan sebab saya sudah terpikat dekat awak. Saya tak terhingin pun nak suka dekat awak. Ishhh!" aku mendengus. Perasannya lelaki gila ni. Baru aku nak kesiankan dekat dia, dia dah buat jantung aku berbuih-buih dengandan melunjak kemarahan.

 

"Anyway thanks adik sebab sudah tolong abang kacak ni" dia tersenyum nakal. Aku adik dia? Please la! Tak ingin aku tau tak!

 

"Adik? Tak ingin saya nak jadi adik awak! Lagipun saya tak faham apa yang awak maksudkan" aku menjeling. Rasakan, macam nak korek sahaja biji bola matanya. Geram sangat aku dekat dia.Ya allah, masih ada lagi kah lelaki yang macam gini dekat dunia? Bawak bersabarlah Fatin. Orang macam dia ni nak perhatian dari orang jek.

 

"Alah, awak memang tidak faham atau buat-buat tak faham?" Lelaki gila ni tersenyum sinis. Aku mengerutkan keningku. "Memang lah awak ni selenge ye. Mama saya ni ibu kandung awak kan?" Dia bertanya. Ya Allah! Macam mana dia tahu?

 

"Ma...macam mana a...awak tahu?" aduhai, tergagap lagi.

 

"Saya ni kan tak seselenge macam awak. Jadi saya tahulah." eh, sedap nya mulut main mengutuk orang.

 

"Awak ni memang tak sayang mulut ye. Main sedap bunyi je kalau bercakap. Kalau saya bodoh, saya tak kan sanggup tolong awak tahu tak?!" mata kubeliakan. Aku bodoh? Tak pa Sya. Selama ni kan kau sudah pernah alami penghinaan yang lebih kasar dan lebih kejam. Tak kan lelaki gila ni panggil kau bodoh pun kau nak marahkan? Cool down. Breath in, breath out.  

 

"Maafkan abang, adik cintaku. Abang bergurau terlalu kasar tadi." kelihatan yang dia sedang menahan ketawanya. Aku pula sedang menahan kemarahanku. Jijik dan geli aku dengar dia panggil aku adik sayang.

 

"Dah! Kembali pada soalan saya. Kenapa awak masih ada dekat sini. Bukannya awak sudah diturunkan untuk menerima rawatan lebih lanjut?" tidak sanggup untuk aku terus-terusan bertengkar dengan lelaki yang tak waras ni. Buang masa, buang tenaga.

 

"Saya cakap dengan diorang tak payah. Lagipun saya dah okay, buat apa nak berhenti dekat tempat yang bukan saya hendak tujui. Kalau buka kerana awak, mungkin saya akan terus terbaring dan masih tak sedarkan diri kut." dia menaip sesuatu di telifon bimbit berjenama, Samsung Galaxy S3. Handphone bukan main cangih. Aku saja pakai handphone capuk. Skrin bewarna hitam putih je.

 

"Nombor telifon awak apa?" Riziq bertanya sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepadaku. Dengan pantasnya, aku menolak huluran itu.

 

"Alah, kau ni kan Sya. Orang nak nombor kau jek kau dah nak tolak. Cuba lah sekali kau terima huluran atau permintaan lelaki. Mintak nombor tak dosa pe? Kalau kau terus-terusan jual mahalkan, kau akan terus jadi perawan tua tau tak? Jangan nanti menyesal sudah." Sarah menyampuk. Malunya! Asal lah dia kena cakap kuat-kuat. Lagi, kenapa lah dia cakap itu dekat depan lelaki gila ni. Tak ke maruah aku jatuh? Aku mencubit lengan dia sekuat-kuatnya. Rizik tertawa. Sarah pun ikut ketawa. Sejak bila lah dia bangun?

 

"+6597266541. Tu lah nombor dia. Simpan baik-baik tau." Sarah memberitahu nomborku kepada lelaki gila tu. Aku menepuk dahiku. Adui, kau ni kan Sarah, bukannya tolong aku, kau lagi menyusahkan aku.

 

"Can you please repeat again?" Rizik tersenyum lebar. Aku menutup mulut Sarah tetapi cobaan aku itu hanya sia-sia kerana ia duduk di depan ku dan ini membuat percobaanku gagal. Sarah mengulangi nomborku dan kali ini, Sarah enguatkan suaranya. Aku tak nak lah kawan kau Sarah! Tak baik lah kau ni!

- Tamat -

Jadi, awak semua enjoy tak bace bab ni? Saya harap awak semua terhibur ye.

Wassalam :)

2 comments:

Unknown said...

BEST.....

Unknown said...

@ baby mio. Alhamdulillah. Terima Kasih awk. Saya harap awak terhibur baca HYKS. terima kasih sekali lagi.