Friday, 8 November 2013

Bab 9


Aku membetulkan tudungku. Tudung hitam yang dikenakan dengan t-shirt kelabu dan skirt labuh. Aku menyembur sedikir minyak wangi ke pakaianku. Jam menunjukkan pukul 2.15. Sekejap lagi boleh keluarlah. Lambat sikit pun tak apa. Aku mencapai telefon bimbit di atas meja solek. Sedang aku mengodek dengan telefon bimbitku, kedengaran bunyi enjin motor di halaman rumah. Mungkin adik kut, baru balik dari kedai.

 

"Sya! Ada orang cari kamu." suara nenek memetir. Siapa nak cari aku? Aku keluar dari bilik dan berjalan menuju ruang tamu.

 

"Fatinsya! Sebelum kamu pergi ruang tamu tu, tolong kasi air ni dekat kawan kamu tu." nenek mesti ada di dapur, tu sebab pekik-pekik. Aku membuat langkah ke dapur. Aku mengambil dulang dan menarukkan air ais milo yang dibancuh oleh nenek ke atas dulang.

 

"Nek, ni untuk Sya eh?" aku bergurau dengan nenek.

 

"Takda! Untuk kamu tak ada. Ini untuk kawan kamu. Dah pergi sana! Dia dah tunggu kamu tu." Pinggang aku dicubit oleh nenek. Hah kan, dah kena dengan nenek super power.

 

"Untuk Sya tak ada ke? Kesian Sya tahu nek. Nak pengsan ni," aku mencebik. Dah mula lah nak tunjuk muka sepuluh sen aku. Kalau kat nenek tak apa, tak malu. Kalau dengan orang lain, please, muka aku mau taruk di mana!

 

"Yelah, kamu pergi hantar air ni dekat dia dulu. Nanti kalau dah siap, nenek panggil." Nenek mencapai cawan kegemaranku di adas kabinet usang itu. Kayu-kayunya sudah kelihatan raput, tunggu nak roboh je. Hehe!

 

"Terima kasih nek!" aku mengucup pipi nenek sebelum keluar ke ruang tamu. Aku mengatur langkah. Siapa yang datang nak jumpa aku ni? Aku nak keluar baru orang nak datang. Kecoh.com betul lah!

 

Eh! Orang lelaki lah yang nak jumpa aku. Siapa ya? macam aku kenal tapi dimana ya? Ouh! Orang gila! Orang gila yang larikan diri dari rumah sakit jiwa dia! Buru aku ingat.  apa dia buat dekat sini? Rindu aku? Mustahil. Kalau aku jumpa dengan dia, asyik nak gadoh je. Kadang-kadang nak tonyok muka dia pun ada. Kan aku dah janji nak jumpa dia dekat Seoul Garden, abis tu, apa yang dia nak dekat sini? Tak sabarnya nak jumpa aku.

 

Aku cuba untuk tidak menayangkan muka gembira atau marah. Muka poker face aku yang aku tanyangkan. Aku melihatnya yang sedan melihat keadaan rumahku. Mata itu lirik kepada setiap penghuju ruang tamu itu. Tak ada ekspresi yang menunjukan raut wajah yang geli atau yang menjijikan apabila melihat keadaan rumahku. Talifon Riziq berbunyi dan pandangannya langsung tertuju pada skrin talifon bimbitnya.

 

"Nurul Fatinsya!" dia merenungku. Mata yang tadinya terpanah di skrin telefon bimbitnya, sudah dialihkan kepadaku.

 

"Assalamualaikum!" sengaja aku terankan. Memang ke mamat ni tak reti nak beri salam?

 

"Wa...waailaikumsalam..." Dia kelihatan panik sekejap. Gugup nampak bro.

 

"Apa yang awak buat dekat sini? Kan nanti kita jumpa."

 

"Saya takut awak tak datang, tu sebab saya datang sini nak jemput awak." dia tersenyum. Manisnya senyuman dia! Melayang aku dibuatnya. Heish Sya! Kembalilah dirimu kepada hidup yang nyata.

 

"Since you are already here, what about we talk here. Lagi senangkan." idea yang bernas Sya!

 

"No!" Dia langsung membantah. Dah tahu tu asal nak datang sini? Jumpa kat sana je lah. Memang gila lah dia ni. "I'm here to fetch you. Takut-takut orang ni larilan diri, sebab tak nak jumpa saya."

 

"Ah, tahu pun awak yang saya tak nak jumpa awak. Pandai pun!" aku menjawab sinis. "Jangan takut, saya tak lari kemana pun. Walaupun muka awak lagi seram dari pocong, saya tetap tak akan lari. Saya berpegang teguh pada janji yang saya buat."

 

"Eyh, saya handsome dari Brad Pitt okay." dia menjawab. Brad Pitt konon!

 

"So, apa yang awak tunggu ni. Minum lah air ni. Lepastu awak dah boleh pergi. Saya akan jumpa awak di Seoul Garden tepat pukul 3."

 

"Tak apalah. Since saya ada dekat sini, apa macam kalau kita pergi sama-sama? Good idea." Dia menyungkir sebuah senyuman yang amat manis. Tetapi, kepala hotak dia lah aku nak pergi dengan dia.

 

"No!" Dengan pantas perkataan itu terkeluar dari mulutku. "Ermm... Maksud saya, saya boleh pergi sendiri. Lagipun, saya nak pergi beli barang sikit." alasan basi lah cik kak oi! Tak boleh ke aku fikir sebuah alas an yang sangat bernas sekarang ni?

 

"Saya boleh hantar."

 

"Awak datang sini naik apa?" sengaja nak tukar topik.

 

"Motor." Huh?! Motor? Gila? Aku naik motor dengan dia? Nak dapat dosa free ke? Memang otak sengket lah lelaki ni. Aku ingat nak berhenti panggil dia gila, tetapi... Dia dah berkelakuan macam satu, aku tak boleh elak lah dari panggil dia gila!

 

"Gila?! Nak naik motor dengan awak!" aku tahu masa itu muka badak lagi lawa dari muka aku. Tak bohong, aku dapat rasa muka aku berubah hodoh disebabkan terlalu terperanjat.

 

Ku mengaru-garu kepala yang tak gatal. Memang mamat ni dah kaysiow kut. Macam lah aku nak lari kemana. Kalau pun aku nak lari, aku masih ade kat Singapore kan. Singapore mana besar? Hish... macam lah aku ni isteri dia. Weyhs! Apa aku cakap ni, jangan jadi doa sudah. Kang susah la aku sendiri.

 

"Kenapa? Saya gila? Memang pun saya gila." sadar pun diri dia tu gila.

 

"Dah. Awak pergi sekarang. Nanti kita jumpa dekat sana. Please, I hate doing things that I don't like."

 

"Kalau gitu tak apa. Saya pergi dulu. Awak jangan lupa datang tau." Dia meneguk air milo dan meletakkan cawan itu di atas meja. Aku sekadar mengangguk. Tetapi dalam hati, memnag sangat berharap kalau lelaki ini cepat-cepat pergi dari rumah aku.

 

**********

 

"Assalamulaikum..." aku menyapa Rizik. Dia hanya memberiku senyuman manis sebelum menjawab salamanku. Kacaknya! Eh, Sya! Sadar sikit lah kau ni siapa!

 

"Saya dah orderkan untuk awak. Awak tak usah risau dengan pilihan saya. Top!" Dia menunjukan ibu jarinya. Yelah top. Top? Big Bang TOP? Memang handsome. Hahaha...

 

"Terima kasih. So, awak cakap ada benda yang nak dibincangkan dan nak beritahu sayakan? Apa yang awak nak beritahu saya?"

 

"Hmm..." dia berhenti. Hmmm? Nak betitahu aku hmmm jek?

 

"Hmm? Awak beritahu hmm jek? Kalau macam gitu lebih baik tadi bilang dekat rumah. Ingatkan ada benda yang penting." Yeleh, cuma hmm jek. Kalau tahu tadi aku tak nak datang. Buang masa aku sahaja buat perjalanan yang agak lama untuk datang ke sini.

 

"Bukan itu. Saya nak..." ayat itu terputus. Aku tetap menunggu untuk dia menyambung ayatnya. "Saya nak awak bekerja dengan saya." Huh?! Bekerja? Dengan Riziq? Ya ampun, tak hendak lah aku.

 

Peluh di dahi menetes dengan perlahan. Wah, tak pernah aku berpeluh sampaikan tetesan peluh mengalir di dahi dan ke pipiku.

 

Mata aku membulat sebaik sahaja aku mendengar ayat si Rizik ni. Dah gila kah dia nak aku kerja dengan dia? "Saya kerja dengan awak? Under businessing?" aku menunjukan jari telunjuk ke arah aku. Aku ni lulusan kedoktoran bukan lulusan businessing.

 

"Ya. Awak bilang sahaja berapa gaji yang awak nak. Awak kerja jadi P.A saya. Boleh?" seyuman tipis terukir di wajahnya. Tetapi, aku tak nak kerja dengan dia. Apa lagi jadi P.A dia. Astaughfirullah! Dalah aku tak suka mengira-ngira ini semua. Tak serabut otak aku nanti kalau tengok kertas-kertas tu semua? Otak aku boleh meletup tahu tak! Aku meggaru-garu kepala yang sememangnya tak gatal.

 

"Encik Riziq, saya ni lulusan kedoktoran bukan lulusan business and accounting. Saya pun tak paham lah pasal kira-kira mata wang dan yang paling penting, saya tak paham nak layan karenah bos seperti awak ni." aku meneguk air putih itu hingga setengah kosonng. Rasanya tak haus tapi boleh habis setengah, memang!

 

"Kalau awak tak reti, saya bokeh ajarkan. Ramai orang boleh ajarkan awak. Ini lah permintaan saya dari awak. Tolong lah, awak kan nak balas kebaikan saya. Jadi ini lah caranya untuk awak membalasnya. Saya tak minta banyak pun dari awak." aku terdiam mendengar penjelasanya. Kesian aku tengok dia. Tetapi...aku tak tahu lah!

 

"Asal pula saya? Kan ada lagi ramai orang yang memerlukan kerja itu? Lagipun, ada orang yang lebih handal dalam bidang itu, tak buang tenaga awak nak ajarkan diorang." alasan basi. Aku tak reti nak tolak tawaran dia tu. Seyuman yang tadi terpapar di wajahnya hilang dalam sekelip mata. Wajah itu kelihatan sayu. Aduh! Buat muka kesian. "Alah, awak tak payah lah buat muka kesian."

 

"Please..." suara itu kedengaran lembut.

 

Aku menarik nafas yang panjang. "Saya mempertimbangkan tawaran awak lagi. Nanti malam saya bagi jawapan saya dekat awak." aku menjawab. Senyuman yang tadinya hilang sudah terukir di wajahnya semula. Gembira? Ya untuk kau Riziq, tapi bukan untuk aku. Sebab kau dah selamatkan aku, aku terhutang budi dekat kau.

 

**********

 

Aku merebahkan badan ke atas katil. Setelah menjalankan solat maghrib, pikiranku agak renggang sedikit. Pilihan apa yang harus aku pilih. Terima tawaran dia atau tidak. Terima, tak terima, terima, tak terima... Haiyo! Apasal aku harus terima tawaran dia? Sebab di Riziq tu dah tolong kau bila kau tengah latikan diri dari penjahat itu Sya! Kedebuuukkk!!! Aduhhh! Badan aku jatuh ke atas lantai kayu itu. Sakit oi!

 

Telefon aku berdering. Siapa yang telifon aku ni? Aku betdiri dan berjalan terhinjut-hijut menuju meja solek kerana kaki terasa sangat bisa dan mencapai telefon bimbit itu. Nombor telefon yang tidak aku kenal terpapar di skrin.

 

"Assalamualaikum."

 

Ada suara di sebelah talian mejawab. Suara macam suara perempuan je.

 

"Siapa ni?" aku bertanya sambil betjalan kearah rak-rak buku.

 

"Ini ibu." pengerakan ku terhenti. Ibu? Apasal ibu telifon malam-malam? Aku mencapai buku 'I Love You, Stupid' hasil karya Melur Jelita.

 

"Oh ibu. Ibu sihat? Apasal ibu telifon malam-malam ni?"

 

"Ibu ada benda nak cakap dengan kamu sikit. Boleh pinjam sedikit masa kamu?"

 

"Cakaplah ibu."

 

"Ni, ibu nak sangat kalau Sya boleh terima tawaran si Riziq itu. Ibu berharap sangat Sya boleh terima. Ibu tak minta banyak dekat kamu selain menerima tawaran itu." suara itu terhenti. Ada kesenyapan diantara kami berdua. "Tolong..." Aku tidak pernah mendengar ibu memohon sesuati dariku. Tak masuk akal betul lah adegan ini. Asal pula ibu harus menjerumuskan diri dalam memujuk aku. Aku nak jadi doktor bukan P.A!

 

"Hmmm... Tapi ibu..." aku terdiam sebentar. "Tengok dulu bu. Sya sekarang ni tengah mempertimbangkan tawaran Riziq tu. Apa-apa Sya sms dia. Ibu tak payah risau. Apapun keputusan Sya, ia takkan merugikan ibu dan Rizik. Sya cuba, kalau tak boleh, nothing could help it." macam sedih gitu dah buat kecewa ibu.

 

Setelah berbual-bual dalam telifon, aku mematikan talian. Sekejap lagi dah nak masuk waktu solat Isyak. Otak aku masih kusut. Serabut! Aku menaip nombor Rizik dan menghantar sms kepadanya.

 

Saya terima tawaran awak... Tetapi ada satu syarat.

 

Aku menekan tombol send. Massage sent! Setelah beberapa saat kemudian.

 

Betul ke? Terima kasih awak!!! Cakap saja apa syarat awak, saa cuba untuk turutkan :)

 

Wow cepatnya dah reply balik...

 

Saya akan bekerja dengan awak selama 3 bulab sahaja. Not more. Jangan tanya kenapa.

 

Okay. Walaupun sekejap... Tetapi awak tetap setuju. Besok awak boleh mula kerja?

 

Cepatnya?! Tak sabar ke nak tengok muka saya?

 

Eh... Awak tu, tak sabar ke nak tengok muka saya yang kacak ni. Macam lah saya tak tahu, awak curi pandang saya bila kita tengah makan tadikan?

 

Kan tertangkap juga aku. Ingatkan dia tak tahu. Rupanya tahu! Malunya! Muka terasa panas.

 

Mana ada. Jangan nak berlagak kacak boleh tak. Muka badak lagi lawa lah dari muka awak. Sudah lah, saya nak solat. Jumpa besok. Jangan lupa sms saya alamat company awak tu.

 

Aku mencampakkan telifon bimbit itu keatas katil dan menyarungkan telekung. Sms pun nak cari pasal!

 

**********

 

Tak apa, esok saya jemput awak pukul 8 pagi. Selamat malam!

 

Aku tersenyum membaca smsnya itu. Malas nak balas sebab aku tahu tak lama nanti kita akan bertengkar lagi. Untuk mengelakkan pertengkaran itu, aku membatalkan niat untuk membalas smsnya. Esok aku dah mula kerja! Mudah-mudahan aku boleh bertahan selama 3 bulan lepas itu, aku BEBAS!

2 comments:

Seri said...
This comment has been removed by the author.
Seri said...

Aku tak tau kenapa aku remove my previous comment. But bila bab 10 nak publish? Aku dapat ilham darikau untuk novel aku hahaha